Berikut adalah peringatan yang harus diambil kira oleh pemilik & kontraktor yang melakukan pengubahsuaian rumah di Komuniti Hijayu 1B Mana-mana unit yang ingin melakukan sebarang ubahsuai perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan . Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut perlu dilakukan dalam masa yang ditetapkan mengikut ketetapan Kaedah Dalaman:- 1. Kerja ubahsuai perlu dilakukan dalam masa ditetapkan (Isnin-Jumaat sahaja, 8pagi-6ptg). 2. Sebarang hacking @ drilling TIDAK DIBENARKAN dilakukan pada hari Sabtu. 3. TIADA kerja pengubahsuaian dilakukan pada AHAD dan CUTI UMUM (Hormatilah waktu rehat hujung minggu dan Cuti Umum jiran-jiran untuk keharmonian Komuniti Hijayu 1B) 4. Kerja ubahsuai mesti tidak merubah struktur utama bangunan dan tidak menjejaskan kawasan bersama. Persetujuan bersama jiran perlulah diperolehi sebelum ubahsuai dilakukan sekiranya ada. 5. Kontraktor perlu mendaftar setiap kali masuk ke kawasan taman perumahan. 6. Sebarang ke...
KERTAS KERJA GOTONG ROYONG PERDANA & PROGRAM RAMAH MESRA PENDUDUK TAMAN HIJAYU 1B JANUARI 2019 Anjuran: PERSATUAN KOMUNITI HIJAYU 1B Tarikh: 5 JANUARI 2019 Masa: 5.30 petang – 11.00 malam 1.0 PENDAHULUAN Penyediaan persekitaran perumahan yang kondusif adalah tanggungjawab yang perlu dititikberat oleh semua ahli komuniti. Persekitaran perumahan yang bersih dan ceria dapat membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Sehubungan itu, AJK Komuniti Hijayu 1B merancang untuk menganjurkan Gotong-royong Perdana & Program Ramah Mesra bersama para penduduk sebagai aktiviti wajib tahunan. Aktiviti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada semua penduduk tentang pentingnya menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan taman perumahan. Selain aktiviti kebersihan, program jamuan makan dan aktiviti kekeluargaan juga akan dilaksanakan supaya penduduk saling mengenali antara satu sama lain seterusnya menambah kemesraan ...
Comments
Post a Comment