SELAMAT TAHUN BARU CINA


AJK Persatuan Komuniti Hijayu 1B mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tioghua dan Cina yang menyambutnya pada tahun ini.
Allah S.W.T telah merakamkan dalam Al-Quran mengenai kepelbagaian bangsa agar kita saling kenal-mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Kepelbagaian bangsa bukan bermakna kita perlu untuk saling bermusuhan, saling tidak memahami dan saling berperang. Tetapi, hakikatnya, kepelbagaian bangsa membolehkan kita saling belajar mengenai perbezaan masing-masing. Andai kita bersatu di sebalik perbezaan ini, maka sudah pasti kita akan mampu menghasilkan satu kesepaduan yang cukup utuh di negara ini.
Justeru, semoga kepelbagaian bangsa di negara ini tidak menjadi penghalang buat kita semua untuk sentiasa bersatu padu malah kepelbagaian inilah yang akan mewujudkan kesepaduan antara kita semua. InsyaAllah.
Semoga perayaan pada tahun ini akan menghadiahkan semangat baru buat kalian semua. Raikan tahun baru ini bersama keluarga yang tersayang!
恭喜发财,新年进步 2019
Gong Xi Fa Cai 2019
Happy Chinese New Year

Comments

Popular posts from this blog

PANDUAN AM UBAHSUAI RUMAH

GOTONG ROYONG PERDANA & PROGRAM RAMAH MESRA 2019