Posts

KENAPA PROGRAM RAMAH MESRA MAKIN MERIAH?

Image
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua ahli komuniti hijayu 1b yang datang memberi sokongan semalam sempena program gotong-royong dan program ramah mesra Hijayu 1B tahun 2019. Ada yang bergotong-royong. Habis gotong royong tak nampak muka dah. Sebab ikut turn jaga anak kecik kat rumah. Lewat malam baru ada balik. Ada yang barbeque. Sampai berasap-asap baju. Untung dpt makan kambing bakar panas². Ada yang temankan anak mewarna. Bila penyampaian hadiah, anak dok main kejar² dgn kawan². Mak & ayah jugalah yg banggo dtg ambil hadiah. Iyolah menang pertandingan mewarno. Ada yang ber futsal. Sampai terguling-guling kat lantai. Balik rumah mintak isteri urut belakang. Isteri tanyo mano hadiah. Hamper semuo dpt kt anak². Geng pakcik ni tengok ajo. Penat jo dapat. Ada yang rajin mengemas. Makanan lebih pon habis dikemasnya masuk mulut. Balik rumah perut dah penuh. Terus lolap. Ada yg berbual. Habis borak, terus set memancing kat kolam udang di jimah. Lepas ni keno g...

Borang Pendaftaran Ahli

Image
Borang Keahlian Persatuan Komuniti Hijayu 1B Borang MPN

Resit Yuran Keselamatan

Image
Klik untuk dapatkan resit

ABOUT US

Image
Persatuan Komuniti Hijayu 1B Bandar Sri Sendayan 71950 Seremban Negeri Sembilan emel: hijayu1b[at]gmail.com

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARA

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMENTARA Adalah dimaklumkan, Encik VINCENT CHONG (no. rumah 708) telah menjemput tuan/puan serta semua penduduk HIJAYU 1B untuk bersama-sama menyaksikan  TARIAN SINGA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 8 Feb 2019 Hari: Jumaat Masa: 6 pm - 7pm Tentatif: Tarian Singa  bermula di pintu masuk komuniti (guard house) sehingga ke Jalan Hijayu 1/32*. Sehubungan itu, Jalan Hijayu 1/32 akan ditutup sementara pada jam 6pm hingga 7pm untuk memberi laluan kepada majlis tarian singa itu diadakan. HARAP MAKLUM AJK KESELAMATAN

MAKLUMAN KESELAMATAN SEMASA CUTI PERAYAAN

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. MAKLUMAN KESELAMATAN Cuti Tahun Baru Cina ialah pada 5 Februari 2018. Kebanyakan penduduk di Komuniti Hijayu 1B sudah mula bercuti untuk pulang ke kampung sempena cuti panjang. Sehubungan itu, bagi mengurangkan risiko berlakunya jenayah dalam komuniti semasa cuti perayaan dan menghormati penduduk yang meraikan  tahun baru cina adalah dimaklumkan  KONTRAKTOR UBAHSUAI RUMAH TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dalam TAMAN HIJAYU 1B MULAI 4 FEB HINGGA 10 FEB 2018 (ISNIN hingga AHAD). Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. AJK KESELAMATAN HIJAYU 1B

PANDUAN AM UBAHSUAI RUMAH

Image
Berikut adalah peringatan yang harus diambil kira oleh pemilik & kontraktor yang melakukan pengubahsuaian rumah di Komuniti Hijayu 1B Mana-mana unit yang ingin melakukan sebarang ubahsuai perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan . Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut perlu dilakukan dalam masa yang ditetapkan mengikut ketetapan Kaedah Dalaman:- 1. Kerja ubahsuai perlu dilakukan dalam masa ditetapkan (Isnin-Jumaat sahaja, 8pagi-6ptg). 2. Sebarang hacking @ drilling TIDAK DIBENARKAN dilakukan pada hari Sabtu. 3. TIADA kerja pengubahsuaian dilakukan pada AHAD dan CUTI UMUM (Hormatilah waktu rehat hujung minggu dan Cuti Umum jiran-jiran untuk keharmonian Komuniti Hijayu 1B) 4. Kerja ubahsuai mesti tidak merubah struktur utama bangunan dan tidak menjejaskan kawasan bersama. Persetujuan bersama jiran perlulah diperolehi sebelum ubahsuai dilakukan sekiranya ada. 5. Kontraktor perlu mendaftar setiap kali masuk ke kawasan taman perumahan. 6. Sebarang ke...

ETIKA MEDIA SOSIAL: TELEGRAM

Image

PERLEMBAGAAN: MATLAMAT PENUBUHAN PERSATUAN

Image

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Image
AJK Persatuan Komuniti Hijayu 1B mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tioghua dan Cina yang menyambutnya pada tahun ini. Allah S.W.T telah merakamkan dalam Al-Quran mengenai kepelbagaian bangsa agar kita saling kenal-mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain. Kepelbagaian bangsa bukan bermakna kita perlu untuk saling bermusuhan, saling tidak memahami dan saling berperang. Tetapi, hakikatnya, kepelbagaian bangsa membolehkan kita saling belajar mengenai perbezaan masing-masing. Andai kita bersatu di sebalik perbezaan ini, maka sudah pasti kita akan mampu menghasilkan satu kesepaduan yang cukup utuh di negara ini. Justeru, semoga kepelbagaian bangsa di negara ini tidak menjadi penghalang buat kita semua untuk sentiasa bersatu padu malah kepelbagaian inilah yang akan mewujudkan kesepaduan antara kita semua. InsyaAllah. Semoga perayaan pada tahun ini akan menghadiahkan semangat baru buat kalian semua. Raikan tahun baru ini bersama keluarga yang t...

KOLEKSI FOTO & VIDEO PROGRAM RAMAH MESRA PENDUDUK

Image