PANDUAN AM UBAHSUAI RUMAH

Berikut adalah peringatan yang harus diambil kira oleh pemilik & kontraktor yang melakukan pengubahsuaian rumah di Komuniti Hijayu 1B

Mana-mana unit yang ingin melakukan sebarang ubahsuai perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan . Kerja-kerja pengubahsuaian tersebut perlu dilakukan dalam masa yang ditetapkan mengikut ketetapan Kaedah Dalaman:-

1. Kerja ubahsuai perlu dilakukan dalam masa ditetapkan (Isnin-Jumaat sahaja, 8pagi-6ptg).

2. Sebarang hacking @ drilling TIDAK DIBENARKAN dilakukan pada hari Sabtu.

3. TIADA kerja pengubahsuaian dilakukan pada AHAD dan CUTI UMUM (Hormatilah waktu rehat hujung minggu dan Cuti Umum jiran-jiran untuk keharmonian Komuniti Hijayu 1B)

4. Kerja ubahsuai mesti tidak merubah struktur utama bangunan dan tidak menjejaskan kawasan bersama. Persetujuan bersama jiran perlulah diperolehi sebelum ubahsuai dilakukan sekiranya ada.

5. Kontraktor perlu mendaftar setiap kali masuk ke kawasan taman perumahan.

6. Sebarang kerosakan yang dialami oleh jiran disebabkan kerja-kerja ubahsuai rumah hendaklah dibaiki oleh pemilik rumah dengan kos ditanggung oleh pemilik rumah.

7. Pemilik dan kontraktor perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Nilai

8. Pemilik dan kontraktor perlu memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan bersama dijaga sepanjang masa. (Sampah perlu dibuang pada tempatnya).

9. Tidak dibenarkan membancuh simen di atas jalan. Sisa-sisa bancuhan simen tidak boleh dibuang di longkang awam.

10. Bahan-bahan binaan mestilah :-

· Disusun kemas.

· Tidak memasuki longkang awam.

· Tidak menghalang lalulintas.

· Tapak dan longkang hendaklah dibersihkan apabila selesai kerja-kerja binaan.

Comments

  1. boleh report tak if neighbour still do the renovation on sunday?

    ReplyDelete
  2. Saya ingin mengadu tentang jiran saya yang mngubahsuai rumah hari Sabtu mulai jam 9.00 pg tudak berhenti2 hingga jam 4 ptg

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

GOTONG ROYONG PERDANA & PROGRAM RAMAH MESRA 2019