GOTONG ROYONG PERDANA & PROGRAM RAMAH MESRA 2019



KERTAS KERJA
GOTONG ROYONG PERDANA
&
PROGRAM RAMAH MESRA PENDUDUK
TAMAN HIJAYU 1B
 JANUARI 2019


Anjuran:

PERSATUAN KOMUNITI HIJAYU 1B


Tarikh:
5 JANUARI 2019

Masa:

5.30 petang – 11.00 malam

1.0 PENDAHULUAN

Penyediaan persekitaran perumahan yang kondusif adalah tanggungjawab yang perlu dititikberat oleh semua ahli komuniti.
Persekitaran perumahan yang bersih dan ceria dapat membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Sehubungan itu, AJK Komuniti Hijayu 1B merancang untuk menganjurkan
Gotong-royong Perdana & Program Ramah Mesra bersama para penduduk sebagai aktiviti wajib tahunan. Aktiviti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada semua penduduk tentang pentingnya menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan taman perumahan.
Selain aktiviti kebersihan, program jamuan makan dan aktiviti kekeluargaan juga akan dilaksanakan supaya penduduk saling mengenali antara satu sama lain seterusnya menambah kemesraan & menjalin tali persaudaraan antara penduduk
            Adalah menjadi harapan agar semua penduduk memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat Taman Hijayu 1B Bersih, Ceria, Selamat & Mesra.

2.0  OBJEKTIF

2.1          Membersihkan kawasan pagar perumahan, kawasan longkang, taman permainan dan kawasan kolam tadahan.
2.2          Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara penduduk.
2.3          Meningkatkan keprihatinan dan komitmen semua penduduk terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.4          Sepakat dalam merealisasikan keberkesanan program komuniti.
2.5          Meningkatkan persefahaman antara penduduk dan saling mengenali antara penduduk.
2.6          Mewujudkan komuniti mesra alam sekitar.

3.0  TARIKH PROGRAM/ AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan   : 5 Jan 2019 (Sabtu)
Tempat                  : Padang Permainan Taman Hijayu 1B
Masa                     : 5.00 petang – 6.30 petang (Gotong Royong)
                                6.30 petang – 11.00 malam (Program Ramah Mesra)
Pakaian                 : Pakaian sukan

4.0  CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

Bil
Aktiviti & Skop Tugas
Catatan
           
4.1
Pembersihan Longkang & Lorong Belakang Rumah
·         Memastikan longkang tidak tersumbat & tiada tempat pembiakan nyamuk .
·         Memberi gred kebersihan setiap lorong belakang.


4.2
Kolam Tadahan Air
·         Memastikan sampah yang terkumpul di sekitar kolam dibersihkan.
·         Memberi maklumbalas tahap kebersihan kolam.
·         Memberi cadangan penambah baikan taman kolam.

4.3
Pokok Yang Menghalang Laluan Kenderaan.
·         Memastikan tiada dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan.


4.4
Taman Permainan.
·         Memastikan kawasan permainan bebas sampah.
·         Menilai tahap kerosakan taman permainan jika ada.
·         Memberi cadangan penambah baikan taman permainan.

4.5
Pondok Jaga/ Entrance
·         Memastikan pondok jaga & entrance bebas sampah.
·         Memastikan pondok jaga dalam keadaan bersih & kemas.

4.6
Pagar perumahan
·         Memastikan pagar perumahan bebas sampah.
·         Menilai tahap kerosakan pagar jika ada.
·         Memberi cadangan penambah baikan pagar.

5.0       JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN
MENGIKUT AGIHAN KAWASAN 

BIL.
KAWASAN
KETUA DAN KUMPULAN
1.
Longkang & Lorong Belakang Rumah
1.    En. Shahrizal (K)
2.    Penduduk
2.
Kolam Tadahan Air
1.    En. Muhammad Norsi Bin Abdul Rahman (K)
2.    Penduduk
3.
Pokok Yang Menghalang Laluan Kenderaan.
1.    En. Mohammad Rafian Bin Mohammad Razif (K)
2.    Penduduk
4.
Taman Permainan.

1.    En. Hassnol Isyraff (K)
2.    Penduduk
5.
Pondok Jaga/ Entrance
1.    En. Vickneswaran (K)
2.    Penduduk
6.
Pagar perumahan
1.    En. Kairul Bin Nahrawi (K)
2.    Penduduk
7.
Pemantauan Keseluruhan
1.    En. Ahmad Fahmi (K)
2.    En. Lokfi
8.
Pendaftaran Ahli Baru/ Ahli lama yang disekat
1.    Muhammad Norsi Bin Abdul Rahman

5.0  TENTATIF PROGRAM

MASA
AKTIVITI
5.00 petang
Berkumpul & Taklimat
5.30 petang
Gotong–royong bermula
5.30 petang
Pertandingan Mewarna (Anak-anak)
6.30 petang
Gotong Royong selesai & Sesi Penggambaran
6.30 petang
Minum Petang
8.30 malam
1. Jamuan Makan, Barbeque Ayam & Kambing
2. Cabutan Bertuah
9.00 malam
Perlawanan Futsal Piala Hijayu 1B
10.00 malam
Majlis Penyampaian Hadiah
11.00 malam
Majlis Bersurai

6.         JAWATANKUASA AKTIVITI

Pengerusi                                             :           En. Ahmad Fahmi Bin Ismail
Penyelaras Program                             :           En. Mohammad Rafian Bin Mohammad Razif
Setiausaha                                             :           Pn. Norhayati Bt Jaafar
Bendahari                                              :           En. Muhammad Norsi Bin Abdul Rahman
Penyelaras Peralatan                            :           En. Mohd Rizal Bin Osman
Penyelaras Kebersihan                         :           En. Kairul bin Naharawi
Penyelaras Keselamatan                      :           i) En. Shahrizal
                                                                           ii) En. Vickneswaran
Penyelaras Permainan                          :           i) En. Hassnol Isyraff
ii) En. Mohd Hafiz
Penyelaras Pendaftaran                       :           En. Irewan Bin Basir
Penyelaras Jamuan                              :           i) Pn. Siti Nurbany Balqis Binti Ariffin
                                                                           ii) Pn. Roslina bte Abdul Rahman



Disediakan oleh:

………………………………
(Norhayati Bt Jaafar)
Setiausaha
Persatuan Komuniti Hijayu 1B


Diluluskan oleh:


…………………………………
(Ahmad Fahmi Bin Ismail)
Pengerusi
Persatuan Komuniti Hijayu 1B

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PANDUAN AM UBAHSUAI RUMAH