GOTONG ROYONG BAPA MITHALI

Program gotong royong Hijayu 1B telah berlangsung pada 5 januari 2019.

Pada tahun ini AJK telah menukar tarikh gotong royong iaitu dari hari tahun baru (1 jan 2019,selasa)  ke 5 Januari 2019, sabtu. 

Penduduk telah berkumpul seawal pukul 4.50 petang di padang basketball. Taklimat gotong royong telah diberikan oleh tuan pilot, iaitu bro Rafian selaku penyelaras program gotong royong & program ramah mesra. 

Penduduk dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan pagar & taman permainan. Kumpulan kedua, pokok yang menghalang pandangan. Kumpulan ketiga kolam tadahan.
Banyak sampah telah berjaya dikumpulkan dan dibersihkan. Sampah paling besar ialah selimut atau 'comforter' yang ditemui di tebing kolam tadahan.

Tanpa mengira jawatan atau pangkat, masing-masing bergotong royong untuk memastikan kawasan taman Hijayu 1B berada dalam keadaan bersih, ceria, selamat & bebas sampah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.



























Comments

Popular posts from this blog

PANDUAN AM UBAHSUAI RUMAH

GOTONG ROYONG PERDANA & PROGRAM RAMAH MESRA 2019